|
Keputusan Peraduan Mengarang Novel Remaja MBBY-Pelangi
Laporan oleh Siti Ezaleila Mustafa
Keputusan Peraduan Mengarang Novel Remaja MBBY-Pelangi akhirnya diumumkan dalam Majlis Perasmian Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur 2010 yang diadakan pada 23 Disember yang lalu di Bilik Johor-Kedah, PWTC.
Tidak ada karya yang menerima hadiah utama, namun lima karya telah diumumkan sebagai pemenang hadiah penghargaan dengan masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM1500 dan setiap karya diterbitkan oleh Pelangi Novel Sdn Bhd.
Karya tersebut ialah Gugurnya Kuntum Sena (Siti Suhaidawati Sohib), Kasih di Tiga Ufuk (Rohaidah Daud), Hijrah Carl (Nuroll Shazlinda Hairull), Kundai (Radzemah Bolhassan), dan Lembayung Cinta (Enche Abdullah Abdul Kadir).
Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Ghafar Mahmood yang mewakili Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Ir. Dr Wea Ka Siong.
Peraduan Mengarang Novel MBBY-Pelangi ini telah dianjurkan pada 15 November 2009 oleh MBBY dengan kerjasama Pelangi Novel Sdn Bhd sebagai penaja. Sehingga tarikh akhir penyertaan pada 30 Mac yang lalu sebanyak 13 buah karya daripada 11 orang peserta telah diterima oleh pihak urus setia.
Sumber:
http://ezaleila.wordpress.com/2010/12/25/keputusan-peraduan-mengarang-novel-remaja-mbby-pelangi-diumumkan/
|