Kembara Wira Emas

Type
:
Comic
Language
:
Bahasa Malaysia
Age
:
8-12
Publication Year
:
2017
Product Code:
:
N/A
Weight:
:
N/A
Categories: , , ,
Clear

Description

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Jilid 1 : Benda Hidup yang Tidak Diketahui Asal Usulnya

Penghuni Kampung Damai berlatih ilmu sihir setiap hari. Berbeza pula dengan Homer yang diarahkan melakukan kerja-kerja berat dan tidak dibenarkan mempelajari ilmu sihir. Menurut legenda, Raja Syaitan akan muncul kembali untuk memusnahkan bumi. Oleh itu, Pertandingan Pemilihan Wira Emas untuk memilih wira bagi melawan Raja Syaitan akan diadakan. Homer yang tidak mengetahui dirinya mempunyai kuasa hebat telah menjadi peserta yang disokong kuat oleh Tuk Guru Nailon.

 

Jilid 2 : Wira yang Tidak Berekor

Pusingan kedua Pertandingan Pemilihan Wira Emas ialah pertarungan satu lawan satu. Para peserta menunjukkan kemahiran masing-masing dalam pertarungan yang sengit. Homer yang sentiasa dipandang rendah telah memperlihatkan kuasa sihirnya yang di luar jangkaan. Pada masa yang sama, pengikut Raja Syaitan telah mula bertindak. Komplot dan tipu muslihat peserta ditambah dengan serangan pengikut Raja Syaitan. Bagaimanakah Homer akan menghadapi semua ini?

 

Jilid 3 : Rahsia Raja Badak Air

Reptilia telah menyerang Kampung Damai secara mengejut. Setelah berjaya menghalang serangan tersebut, para ahli sihir segera mengarahkan Homer dan rakan-rakannya memulakan misi mereka. Walau bagaimanapun, perjalanan mereka di savana terhalang kerana terpaksa berdepan dengan Raja Badak Air. Bagaimanakah Homer dan rakan-rakannya menangani halangan ini? 

 

Jilid 4 : Sisik Raja Syaitan

Homer dan rakan-rakannya telah ditangkap dan dikurung oleh Raja Badak Air. Karyote buntu memikirkan kuasa sihirnya yang gagal diaktifkan, manakala Homer pula belum menemukan cara terbaik untuk menggunakan kuasa misterinya. Ma Ming pula bakal menjadi korban haiwan karnivor setelah terpedaya dengan helah Raja Badak Air. Sehebat manakah kuasa sisik Raja Syaitan yang dimiliki oleh Raja Badak Air? Apakah kaitannya dengan kebangkitan semula Raja Syaitan? Berjayakah Homer dan rakan-rakannya menyelamatkan diri?

 

Jilid 5 : Penakluk Savana

Homer terserempak dengan Rabi (anak singa) yang diburu oleh sekawan dubuk. Singa dan dubuk sememangnya musuh ketat di savana. Adakah Homer berjaya menghalang pertarungan antara kedua-duanya? Manakala biawak payung Australia yang bertekad mahu Raja Syaitan hidup kembali berkomplot dengan haiwan lain bagi menjayakan rancangan untuk merebut cebisan badan Raja Syaitan. Dunia savana yang baru sahaja kembali aman bakal terjebak ke dalam krisis besar!

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kembara Wira Emas”

Your email address will not be published. Required fields are marked *