Loading... Please wait...

Categories

Newsletter




Siri Saga Twilight

  • Senjakala
  • Cinta Baru
  • Gerhana
  • Fajar
Price:
RM49.60
Weight:
405 Grams
Author:
Stephenie Meyer
Type:
Novel
Language:
Bahasa Malaysia
Publication Year:
2010
Title:
Bookmark and Share

Product Description

Saga Twilight: Senjakala (Twilight)
Tiga perkara yang aku pasti: Pertama, Edward sebenarnya pontianak. Kedua, sebahagian daripada dirinya – dan aku tidak tahu betapa kuatnya sebahagian itu – yang dahagakan darahku. Dan ketiga, aku sungguh-sungguh mencintainya.


Saga Twilight: Cinta Baru (New Moon)
Aku tahu yang kami berdua benar-benar dalam bahaya. Meskipun begitu, aku masih merasa tenang dan selamat. Merasa sempurna. Jantungku berdegup kencang. Nadiku sekali lagi berdenyut pantas dan hangat, dan dadaku penuh dengan keharuman aroma kulitnya. Kelukaan dahulu seolah-olah telah tiada. Aku sihat – bukan sembuh daripada luka, tetapi seolah-olah luka itu memang sedia tiada sejak mula.


Saga Twilight: Gerhana (Eclipse)
Dalam keheningan suasana sepi, segala-galanya tiba-tiba terpampang jelas di fikiran, terbit daripada hati yang membisikkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Ada sesuatu yang Edward sembunyikan daripadaku. Sesuatu yang tidak mungkin dirahsiakan oleh Jacob... Semua masih belum berakhir, bukan? Keyakinan Bella terhadap si pontianak begitu kuat sehingga dia terlupa bahawa hatinya juga ada cinta terhadap serigala jadi-jadian itu...


Saga Twilight: Fajar (Breaking Dawn)
"Jangan takut," bisikku. Kita akan sentiasa bersama-sama. Aku tiba-tiba dilanda perasaan teruja akan kebenaran kata-kataku sendiri. Detik ini begitu sempurna, begitu kena, tidak syak lagi. Tangannya memelukku, mendakapku erat... Rasanya seperti setiap hujung saraf dalam tubuhku mengalirkan arus elektrik. "Selama-lamanya," dia mengiyakan.