Mari Ke Tadika Siri ini mengandungi 12 buah buku yang dirancang dan diolah dengan teliti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Penguasaan yang kukuh dalam keempat-empat elemen bahasa itu penting bagi membolehkan kanak-kanak berkomunikasi serta menimba ilmu.
Pandai Bahasa Pandai Bahasa terdiri daripada 8 buah buku yang ditulis khas berdasarkan pendekatan bertema, selaras dengan kehendak Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Tema-tema yang dipilih mampu mendedahkan kanak-kanak kepada persekitaran mereka dan menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Aktiviti-aktiviti yang disediakan juga dapat memupuk potensi minda kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu. Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih efektif dengan penggunaan pakej lengkap ini.
|